Permainan video aksi

Permainan video aksi, permainan aksi atau action game merupakan sebuah genre permainan video yang melibatkan penekanan terhadap cabaran fizikal, termasuklah penyelarasan koordinasi antara tangan dan mata dan masa tindak balas pemain. Genre ini mempunyai pelbagai subgenre seperti berlawan, bertembak dan permainan platform, yang mana ia dianggap sebagai permainan aksi paling penting, meskipun beberapa permainan video strategi masa nyata dianggap sebagai permainan aksi.Dalam permainan aksi, pemain biasanya mengawal seorang avatar protagonis. Avatar harus menyelesaikan tahap-tahap permainan, mengumpul objek, mengelak halangan dan menentang musuh dengan pelbagai cara serangan. Di akhir-akhir sesuatu tahap itu, pemain selalunya harus mengalahkan ketua musuh yang biasanya adalah lebih besar, handal dan mencabar daripada musuh lain. Serangan musuh dan halangan mengurangkan nyawa avatar, dan pemain akan kalah jika avatar mereka kehabisan nyawa. Pemain memenangi permainan dengan menghabiskan sekumpulan tahap. Tetapi, banyak permainan aksi tidak boleh dihabiskan dan mempunyai jumlah tahap yang tidak terhad, dan objektif pemain hanyalah untuk memaksimumkan mata dengan mengumpul objek dan mengalahkan musuh.